Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya dan para-para sahabatnya.

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t di atas nikmat dan rahmatnya yang memberi kita hidup yang sempurna di atas muka bumi bertuah ini, di kurniakan suasana aman damai, sihat dan makmur, Alhamdulilah kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita telah dapat mengujudkan satu tali silaturrahim yang besar diantara kita dan dapat berhubung di dalam blog ini dengan harapan semua jemaah-jemaah tidak kira dari mana pun asalkan dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara kita sesama sendiri.semoga tujuan murni kita akan tercapai dengan harapan yang baik

Renungan

Akal yang di anugerahkan Allah ada lah untuk berfikir dengan waras dan bukan berfikir mengikut nasuf kerana kelak akan membinasakan diri sendiri.

Kemahiran dan kebijaksanaan seorang itu pandai mengunakan akal untuk berfikir dengan baik

Akhlak yang mulia mencerminkan keperibadian diri seseorang itu,

Lemah bukan bererti seseorang itu tidak pandai untuk berfikir tetapi disebalik kelemahan seseorang itu ada kelebihan tersendiri.