PERHIMPUNAN DAN BANTAHAN
Serangan orang minyak jadi iktibar
GOMBAK – Kisah serangan orang minyak di Kampung Laksamana
yang pernah mengemparkan negara pada awal tahun lalu masih segar dalam ingatan
penduduk.
Kebanyakan penduduk ditemui masih tidak dapatkan melupakan
peristiwa yang pernah mengganggu lena mereka satu ketika dahulu.
Aslam Khan, 37, berkata, penduduk ketika ini meneruskan
amalan rondaan malam yang dimulakan sejak empat bulan yang lalu.
“Kami masih membuat rondaan seperti biasa dan sambutan yang
diberikan oleh penduduk amat baik sekali,” katanya.
Jelasnya, kebanyakan penduduk sudah menyertai pasukan Rela
yang ditubuhkan di kampung bagi membantu meningkat tahap keselamatan kampung.
Penduduk Shahrum Abdul Rafar, 44, pula berkata, tiada
perkara pelik berlaku selepas kejadian serangan orang minyak berkenaan.
“Tidak ada dengar apa-apa berita mengenai perkara pelik
lagi, apa yang lepas biarlah ianya berlalu, kami di sini mahu buka buku baru
dengan bersatu dan memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk berkekalan,”katanya
kepada Sinar Harian.
Bagi Abdul Manap Rasdi, 50, kisah orang minyak bagaikan
kisah yang tidak dapat dipisahkan dari Kampung Laksamana.
“Nama orang minyak sinonim dengan kampung, jika orang luar
datang ke sini pasti mereka akan bertanya peristiwa yang berlaku dan ini juga
secara tidak langsung mencatat sejarah baru kepada kampung,”katanya.
Kassim Alla Pitchay, 40, berkata, rumahnya sehingga kini
masih menjadi lokasi pos kawalan rondaan malam.
“Mereka sudah biasa berkumpul di hadapan rumah jadi seperti
biasa sehingga ke hari ini, saya akan menyediakan kopi dan biskut,” katanya
Tambahnya lagi, perkara ini dilihat sebagai rutin jika
aktiviti rondaan malam dilakukan penduduk.
KAMPUNG LAKSAMANA: Misteri Orang Minyak melanda dikampung Laksamana, Batu Caves.
Ops Orang Minyak telah dijalankan bersama Jabatan Amal Gombak (UNIT AMAL) dan Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Laksamana serta kerjasama Penduduk Kampung Laksamana memburu orang minyak yang sering kelihatan disekitar Jalan Laksamana 1
__________________________________________________________________________________
KETUA GENG 24 BATU CAVES MATI DITEMBAK
GOMBAK - Pertikaian untuk merebut kawasan di antara dua kumpulan gengster disyaki menjadi motif utama seorang anggota kumpulan samseng bergelar Geng 24 mati selepas terkena 10 das tembakan yang dilepaskan oleh lima lelaki di Flat Laksamana Jaya, Batu Caves di sini kelmarin.
S. Murgeso, 46, atau lebih terkenal sebagai Murugis dalam kalangan samseng di sini ditemui mati pada pukul 11.30 malam setelah ditembak di badan, dada dan dahi.
Difahamkan, buruh berkenaan dikatakan samseng yang semakin mendiamkan diri daripada terlibat dengan mana-mana perkelahian sejak tamat menjalani hukuman buang daerah pada tahun 2000.
Bagaimanapun, nafsu yang membuak untuk berebut kawasan dikatakan telah mendorong kumpulan gengster lain bergelar Geng 36 untuk menyerang Murgeso.
Sebelum kejadian, mangsa yang memandu kereta Toyota Vios hitam tiba di flat berkenaan untuk mengambil seorang wanita, S. Krishnarni, 40.
Sebaik wanita itu membuka pintu penumpang hadapan, lima penjenayah memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol separa automatik meluru ke arah kereta berkenaan lalu melepaskan 11 das tembaka
___________________________________________________________
___________________________________________________________
GENG GORES DAN MENANG KENA BELASAH
KUALA LUMPUR – Gambar-gambar yang bakal anda saksikan di bawah ini adalah kejadian sebenar amukan sekumpulan mangsa sindiket gores dan menang yang berlaku di sebuah syarikat seumpama itu di Kepong semalam.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pasukan Bertindak Hak Pengguna (CRTF) kebetulan sampai di tempat kejadian ketika sekumpulan lelaki yang dikatakan menjadi mangsa bersemuka dengan kakitangan syarikat itu.
Mynewshub.my tidak menutup muka mereka yang dibelasah itu agar anda juga dapat mengenali wajah kumpulan yang menipu anggota masyarakat kita.
Jarang masyarakat Malaysia bertindak seperti ini melainkan tahap kemarahan yang sudah sampai ke peringkat yang tidak mampu dikawal lagi.
Seperti yang kita semua maklum, media dan akhbar tempatan sering melaporkan berita-berita mengenai sindiket penipuan syarikat ‘gores dan menang!’ yang mempedaya orang ramai sehingga mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.
Kebanyakan mangsa yang tertipu dengan aktiviti tersebut hanya mampu bersabar atau sekadar bertindak melaporkan kes mereka kepada pihak berkuasa.
Malangnya tidak semua kes yang dilapor berjaya diselesaikan akibat kelicikan sindiket-sindiket seumpama itu.
Namun bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua.
Menerusi emel yang diterima Mynewshub.my petang semalam, insiden berdarah melibatkan salah satu sindiket itu dapat dirakamkan dalam bentuk gambar.
Dalam kejadian tersebut, PPIM bersama beberapa orang aktivis CRTF telah berkunjung ke premis syarikat tersebut di Kepong ekoran aduan dari pengguna yang mendakwa mereka diperdaya dan ditipu syarikat itu.
Bagaimanapun, setibanya PPIM dan CRTF di premis tersebut, mereka dikejutkan apabila di’sambut’ dengan bunyi bising.
“Kami terkejut! wartawan yang kami bawa bersama ada yang lari meninggalkan tempat kejadian,” kata seorang aktivis PPIM, Harshnoel Murshim yang dihubungi Mynewshub.my di sini hari ini.
Memberanikan diri, beberapa aktivis PPIM dan CRTF menghampiri premis tersebut dan ‘berpeluang’ menyaksikan pergaduhan yang berlaku di antara kumpulan dipercayai keluarga mangsa penipuan sendiket berkenaan dengan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja syarikat itu.
Bagaikan bertemu buku dengan ruas, pekerja-pekerja yang bersubahat menipu orang ramai itu dibelasah secukup-cukupnya oleh kumpulan lelaki berkenaan yang mendakwa ditipu sebanyak RM2 juta oleh sendiket berkenaan.
Menurut Harshnoel, kumpulan lelaki yang menyerang ibu pejabat syarikat tersebut dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang manakala pekerja syarikat itu hanya sekitar lima hingga enam orang.
Orang minyak mengganas di kg laksamana batu caves
Tarikh : December 28, 2011
GOMBAK – Gara-gara trauma akibat diganggu orang minyak, sebuah keluarga di Kampung Laksamana dekat sini terpaksa meninggalkan rumah mereka buat sementara waktu bermula Sabtu lalu.
Mangsa, Kamal Bahari Satar, 36, berkata, keputusan itu diambil selepas keluarga diganggu orang minyak selama lima hari berturut-turut.
“Adik ipar yang datang ke sini tidak tahan selepas diganggu oleh orang minyak yang muncul beberapa kali di dalam dan luar rumah,” katanya ketika ditemui semalam.
Anehnya kemunculan orang minyak itu hanya boleh dilihat oleh ahli keluarga perempuan sahaja.
Menurutnya, kejadian kemuncak berlaku awal pagi Sabtu lalu apabila orang minyak tersebut bertindak mengunci pintu rumah dari dalam sewaktu ahli keluarganya berada di dalam rumah.
“Apa yang pasti, lembaga itu yang bersembunyi di bawah meja makan dicucuk dengan buluh runcing oleh orang kampung dan terdapat kesan darah pada buluh tersebut. Makhluk itu kemudiannya masuk ke rumah sebelah dan kelibatnya disaksikan oleh isteri jiran saya sendiri,” katanya.
Menurutnya, turut ditemui kesan tapak tangan berminyak di tembok dan tapak kaki sewaktu kelibat itu muncul di luar rumah dan kesan ini ditemui oleh anggota polis sewaktu melakukan pemeriksaan.
Kamal Bahari berkata, adik iparnya yang dicalit minyak hitam oleh makhluk itu juga terpaksa dibawa menjalani rawatan alternatif selepas terdengar bunyi bisikan memanggilnya keluar dari rumah selepas itu.
“Syukur adik ipar saya kini sudah sembuh sepenuhnya daripada gangguan tersebut, namun keluarga masih trauma dengan keadaan itu terutama adik perempuan saya yang berumur 22 tahun,” katanya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.