Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarganya dan para-para sahabatnya.

Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t di atas nikmat dan rahmatnya yang memberi kita hidup yang sempurna di atas muka bumi bertuah ini, di kurniakan suasana aman damai, sihat dan makmur, Alhamdulilah kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya kita telah dapat mengujudkan satu tali silaturrahim yang besar diantara kita dan dapat berhubung di dalam blog ini dengan harapan semua jemaah-jemaah tidak kira dari mana pun asalkan dapat mengeratkan lagi perhubungan diantara kita sesama sendiri.semoga tujuan murni kita akan tercapai dengan harapan yang baik

Khamis, 16 Februari 2012

PERJUMPAAN AYAHANDA-AYAHANDA PEKIDA DAERAH GOMBAK

Bersama Ybhg. Paduka Ayahanda Hj. Jamaludin President PEKIDA Malaysia, Di Majlis Jemaah Laksamana yang diusahakan oleh Ayahanda Sharil dan Ayahanda Hj. Nordin.


Perjumpaan kali ini untuk menyatukan semua ayah-ayahanda yang berada di daerah ini dan semua abang-abang serta adik-beradik berdaftarkan diri dalam Pertubuhan yang "SAH" iaitu PEKIDA.


Ybhg. Paduka Ayahanda Hj. Jamaludin berkata, Jangan kita mengunakan nama PEKIDA ini untuk tujuan Gangster!!, Tujuan kita bukan manjadi Gangster..!!  Tujuan dan Misi kita adalah islahkan diri kita kepada Allah s.w.t. 


Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر‎  yang bermaksud "mendekati perkara-perkara yang baik dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak baik". atau "Mengajak, ke arah kebaikan dan mencegah atau menghalang daripada melakukan perkara-perkara mungkar atau yang ditegah oleh hukum syarak".










Tiada ulasan:

Catat Ulasan